Followers

Sunday, April 24, 2011

sukar memahami CINTA

Sekali lagi mengenai cinta..Mesti korang memikirkan yang aku sedang dilamun cintakah??atau pun aku  baru frust dengan cinta...aipp korang salah lah..Aku nak share sahaja..Yer la sebab sekarang nih ramai yang couple macam beli baju dekat bundle jer..So aku nih nak kata ada pengelaman mengenai cinta tuh tak da la sangat hanya selalu mendengar luahan hati seorang wanita yang sedang dilamun cinta ada la..Yer la masing2 cakap best bila bercinta..Apa2 pon yang korang fikir tentang cinta nie terserah lah..Manusia lain2,hati pon lain2,rambut saja hitam tapi pandangan berbeza..So thinking positive ok setiap yang kita lakukan..Ok now!!aku tak nak berleter banyak2 korang layan la cerita kat bawah nih!..


Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta.
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik dari illahi.Kita sebagai manusia diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah.Setiap saat dan masa yang diberikan olehnya sangat indah jadi jangan disia-siakan.

Kadang-kadang cinta itu sangat aneh sehinggakan kita tidak dapat menafsirkannya.Datangnya bukan dari paksaan,perginya pula tanpa kerelaan.Cinta itu sangat penuh dengan nilai kasih sayang.Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan sebuah pasangan.Kekasaran boleh menciptakan perpisahan.

Jika kita kehilangan cinta,pasti ada alasan di sebaliknya.Alasan yang kadang2 sukar untuk kita terimanya.Namun percayalah bahawa ketika DIA mengambil sesuatu,pasti DIA telah menyediakn lagi yang terbaik untuk kita.Tetapi cinta juga,merupakan ujian,godaan,dan cobaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Mahukan yang terbaik untuk diri kita,maka berubahlah menjadi yang lebih berguna.Jika kita pasti kita sudah terbaik berubahlah lagi menjadi lebih baik.Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas,akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Tetapi jika kita memasang cinta-cita tidah mahukan perubahan dan ingin memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.Ingat lah perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.Ingatlah DIA yang maha esa kuasanya tiada sesiapa dapat menentang.

Jika anda inginkan yang terbaik jagalah diri kita wahai perempuan sehebat mana pun cinta kita pada si teruna janganlah kita melampui batas kerana setiap pertemuan kita dengan si dia pasti ada orang ke3.Kalau sudah rasa tidak mampu mengawal perasaan, maka jauhilah maksiat cinta.
Berkali-kali kita diingatkan,manusia tidak terlepas dari sering diduga dan menduga.Manusia tidak selama-lama akan kebal,pasti ada satu saat kita akan tunduk,dan jatuh.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.Jadi janganlah salah CINTA jika tidak mampu menghadapi realiti yang sebenar setelah berkahwin.Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta.

Maaf kalau ada tersalah ejaan dan terkasar bahasa.Cerita ini tidak kena mengena antara hidup dan mati hanya sekadar menambah ilmu di dada dan  memberi pandangan sahaja..Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

2 comments:

ema said...
This comment has been removed by the author.
ema said...

oke2 nnty ema akn terjah n3 kamo ya..

BCR...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUSIC...