Followers

Friday, April 22, 2011

Cinta....




Cinta... satu pengalaman yang dikatakan cukup indah dan kehilangan cinta dikatakan cukup pedih..Tetapi bagi yang tidak melaluinya korang juga pasti mengalami perasaan suka akan seseorang.Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi.Walaupun tidak meluah melalui kata2 tetapi melalui hati siapa yang tahu kan.Sekarang bila kita dalam satu kelompok yang totally girls tuh ada boyfreind mesti kita rasa tak selesa kan sebab asyik2 cerita pasal bf ko,bf aku,itu lah ini lah apa2 pasti ada topik bf.Yang pasti nanti akan kata 'owhh so sweet'.Tetapi cuba kita lihat bagi yang dah clash owh no dulu girls tuh la intan,payung,emas aku tapi bila dah clash dia la gedik,x tahu malu,perasan cantik dan sebagai nya.Kenapa time clash x nak cakap baik2 kenapa time couple saja just nak lemah lembut.

Ehmm time couple dulu mesti semua benda nak kongsi bersama,air segelas minum berdua,
konon setia katanya.Yang lagi dahsyat,berjalan kemana-mana pun nak berdua,dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,macam belangkas sentiasa berdua.                                  
Inilah bahana orang bercinta,bila tak tahu apa erti cinta.Yang tahu cinta itu adalah menyeronokkan bila berdua tetapi bila tiada pasangan macam orang gila jadinya.Kenapa kita perlu meminta2 untuk mendapat pasangan sedangkan umur tidak layak lagi untuk berkahwin.Kononya nya dah cukup dewasa la tetapi makan pakai pun mak bapak yang tanggung.Itu tak pe lagi,bagi yang nak dating pun mintak duit mak bapak.Macam mana tuh???


 Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki,tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan,cinta itu anugerah allah.Tetapi kenapa kita perlu mencari lelaki sedangkan kita tahu kita jodoh,maut,semua ditangan yang maha esa .

'Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.'

cuba kita lihat dari sudut positive kenapa zaman dahulu tiada semua kes buang bayi,merogol,berzina dan sebagainya.Sedangkan kita zaman canggih tak kan fikiran manusia sehingga canggih sebegitu sekali sanggup melakukan perkara terkutuk semua itu.Saya masih ingat lagi kata-kata seorang guru jika kita menyukai nya biarlah setiap dalam doa kita ada namanya agar kita mudah-mudahan di jodohkan dengannya.Dia memesan lagi jika kita menyukai seseorang janganlah kita melampui batas. nak buat apa kita bercinta berpuluh-puluh tahun akhirnya berpisah.Maksud disini bukan tidak boleh bercinta tetapi jangan melampaui batas.Tetapi kata-katanya yang terakhir yang aku masih ingat ialah sentiasalah kita berdoa agar jodoh kita dipertemukan dengannya jika tidak juga dijodohkan mohon lah kita mendapat yang lebih baik dari nya.

Jangan mengambil mudah soal dosa dan pahala kerana akibatnya buruk, hanya Allah yang lebih tahu.Jangan beri peluang kepada syaitan untuk menggoda dan menghasut kita melakukan kemungkaran.Sesungguhnya syaitan itu benar-benar licik dan berpengalaman dalam menyesatkan umat manusia. Marilah kita saling mengingatkan.Moga Allah melindungi kita dan seluruh muslimin dan muslimat. Ingat mati. Ingat mati. Ingat mati.Orang yang meningat kan mati itu adalah orang yang cerdik,pandai.Dunia hanya sementara. Mati itu pasti. Akhirat itu kekal abadi.


Cerita diatas tidak ada mengena antara hidup dan mati.Cerita ini untuk mengingati semua muslim, muslimat dan juga saya.Carilah cinta yang kekal abadi hingga ke akhir hayat janganlah mencari cinta yang sekadar untuk berhibur di dunia ini. Inilah permainan dunia...benar kata orang cinta itu buta,tapi kalau buta dimana matanya...Inilah yang buat aku tertanya-tanya.Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,cinta takkan dapat kalau tak diberi...Betul ke?Sukar untuk aku percaya...Tapi inilah hakikatnya.Mind is the greatest gift,gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai.

2 comments:

Anonymous said...

Assalam...I like this...hehehe.Cintan-cintun...tp last2 tak ke mana...sedih2.baik kumpul duit, beli rumah siap2 keta ada...suruh mak carikan...woooo berkat

ema said...

wsalam..thanks yea adamxis..huhu mak cari mmg lg terbaek...

BCR...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUSIC...