Followers

Friday, March 25, 2011

bersyukur sgt!!

assalamualaikum...
ya 1st sekali aku rasa bersyukur sgt2
sebab dapat result spm yg sebegitu
walaupun x gempak tapi ok la..
btw 
pada korang2 yang berjaya 
jangan la sia2 kan masa depan korang
teruskan belajar lagi 
sampai
ke tua pun tak pe..
then
yang kurang berjaya
jangan berputus asa yer..semua nih 
ada hikmah..biasa lah
hidup nih sekarang kita di bawah 
dan sekarang kita di atas..
so
teruskan usaha anda!!!...
 
to my friend(nama di rahsia kan):
hey...walaupun result macam mana  sekalipun jangan kita putus asa yer..rezeki masing2 so jangan la give up awal..bukan apa semua tuh dugaan pada kita..pada kwn aku tuh yang rasa nak stop study and nak terus continue kerja..aku rasa better kamu belajar la result awak tak seterok mana pun..mana tahu nanti lebih bagus...fikir lah ke hadapan bukan fikir utk hari nih yer...sayang masa depan!!!tak pe walaupun kita tak dapat study sama2 lg yg pasti aku tak akan lupa wahai kamu sahabat!!...so gud luck yea...think + ok!!

Tuesday, March 22, 2011

nervous!!

assalamualaikum....

adohai esok result spm la...tipu la kalau aku cakap aku tak takut...ehmm malam nih perasaan aku semua ada yer la tambah lagi asyik tengok fb kawan2 yang lain asyik post pasal result esok jer...tadi time tengah kerja tetiba je cikgu aku chat siap pesan lagi 'aima esok lepas dapat result datang jumpa dia'...hahaha baru ingat lepas ambil result terus balik jer tapi kena plak pergi tawaf dekat bilik guru...
ramai giler kawan2 aku yang nak cek result dalam fon...ehmm aku plak tengok keadaan la bukan apa takut frust ja..tapi tak elok la fikir negative..hmm insyaallah la esok result aku dan kawan2 lain mesti elok la...amin banyak..korang doa kan kitorang yer...cuak tahap gaban nih tapi still makan nasi licin pinggan..hahaha 

ok lah apa2 pon gud luck yer pada kawan2 aku yang nak ambil result sok...doa lah banyak yer!!!

Wednesday, March 16, 2011

cuak oii!!

assalamualaikum...

selalu rasa hepy jer 
tapi bila dengar 23 haribulan nih
result spm kuar...
wahh!!!cuak loh

ehmm..tetiba jer 
setiap malam
mesti mimpi pasal result
dreaming..dreaming...

tapi apa2 pon 
harap2 result aku nanti
ok!!bersyukur
 je la apa yang dpt..

berusaha..
berdoa..
dan
bertawakal
amin..

result nanti keluar bagi yang cun na..cuak..cuak!!!haha
yang kolej swasta asyik dok bagi pening jer hantar macam2 surat...nanti la dulu bagi result aku keluar dulu nanti aku pilih la..hantar sekarang cuak lah!!!hahah
so pe2 pon berdoa je la pada budak2 spm2010 aku doakan result kita nanti terbaek loh especially budak2 smk syed hassan....:)


Tuesday, March 15, 2011

dasyatnya neraka!!!

LUASNYA NERAKA!!! sad2
 
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
 
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
 
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
 
 
Gambar permukaan matahari
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada
 
Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
 
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
 
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
 
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
 
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
 
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
 
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
 
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
 
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
 
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
 
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
 
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
 
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
 
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
 
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat .

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
 
 

Friday, March 11, 2011

friend!!!!


I don't need words to express..
I don't need tears to sheed..
I don't need to ask for a smile..
or hand to hold me...
All I need is...

to be your friend, forever..!!!!

BCR...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUSIC...