Followers

Wednesday, April 27, 2011

ema..: BERSYUKUR SEGALANYA!!!

ema..: BERSYUKUR SEGALANYA!!!

BERSYUKUR SEGALANYA!!!

   


Assalamualaikum....Salam 1 malaysia..Salam hormat kepada semua pembaca..Kali nih mukadimah nya aku tak nak berceloteh panjang2 just street to the point saja.. Bersyukur segalanya..selalunya manusia nih bila dapat sesuatu yang inginkan pasti lupa pada siapa yang patut kita bersyukur malah asyik riak lagi..Tetapi bila kita sering ditimpa musibah dan kegagalan pasti kita sering menghina diri sendiri..seakan-akan kegagalan itu akan berterusan dan akan membuat kita berasa lebih baik mati dari hidup..kita lupakah hidup dan mati kita semua ditangan ALLAH..Bersyukurlah kita kerana diizinkan nya kita dapat melihat dunia..


Semua orang didunia ini inginkan kejayaan tetapi kejayaan yang kita akan hadapi tidak sebegitu mudah pasti juga ada ujian nya..Hanya kesabaran sahaja kunci untuk kita meneruskan kehidupan.Jika sudah jatuh sekali takut untuk bangun sia-sialah kita menjadi manusia di muka bumi ini.Bukan didunia sahaja kita akan menghadapi dugaan dan cabaran tetapi di akhirat juga..Jika kita senang di dunia belum pasti kita akan senang di akhirat..Jika kita susah didunia belum pasti kita susah diakhirat..Jika kita susah dan senang di dunia belum pasti kita akan susah dan senang di akhirat..Setiap ujian yang diberi ada hikmahnya..Hanya yang perlu kita lakukan jangan lah sentiasa merasa rendah diri sehinggakan putus asa untuk terus hidup..Kejayaan itu bukan datang bergolek seperti roda atau bola..Kejayaan itu datang dari usaha,doa dan tawakal kita..Jika kita pasti kita yakin kita sudah melakukan nya dengan terbaik tetapi masih juga gagal pasti ada sesuatu yang lagi terbaik DIA telah sediakan untuk kita..

 Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia,  “We are special!“.

Kita punya akal. Jika tidak, mustahil korang dapat membaca post aku kali nih. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai.


“Aku bodoh, korang pandai…aku lemah tak punya apa-apa, korang hebat”sering dibandingkan jika kegagalan menimpa diri kita..
 
   

Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Maka setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan,serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita. 

Jadi setiap kegagalan yang kita tempuhi janganlah sering  menyalahi diri sendiri ataupun orang lain malah cubalah melakukan perubahan untuk mendapat yang terbaik..Jika sudah memperolehi kejayaan jangan lah pula kita lupa nikmat yang diberi..Anugerah yang diberinya tidak akan kekal jika kita tidak  menggunakan nya kejalan yang baik. Sentiasalah bersyukur..Renungkanlah..aku bukan ustazah..aku bukan pakar motivasi..aku bukan sesiapa aku hanya insan yang bergelar manusia..aku menulis hanya untuk berkongsi dan memberi semangat untuk diri sendiri..Terima kasih kerana meluagkan masa maaf jika ada terlanjur kata atau tersilap ejaan....
 

Sunday, April 24, 2011

sukar memahami CINTA

Sekali lagi mengenai cinta..Mesti korang memikirkan yang aku sedang dilamun cintakah??atau pun aku  baru frust dengan cinta...aipp korang salah lah..Aku nak share sahaja..Yer la sebab sekarang nih ramai yang couple macam beli baju dekat bundle jer..So aku nih nak kata ada pengelaman mengenai cinta tuh tak da la sangat hanya selalu mendengar luahan hati seorang wanita yang sedang dilamun cinta ada la..Yer la masing2 cakap best bila bercinta..Apa2 pon yang korang fikir tentang cinta nie terserah lah..Manusia lain2,hati pon lain2,rambut saja hitam tapi pandangan berbeza..So thinking positive ok setiap yang kita lakukan..Ok now!!aku tak nak berleter banyak2 korang layan la cerita kat bawah nih!..


Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta.
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik dari illahi.Kita sebagai manusia diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah.Setiap saat dan masa yang diberikan olehnya sangat indah jadi jangan disia-siakan.

Kadang-kadang cinta itu sangat aneh sehinggakan kita tidak dapat menafsirkannya.Datangnya bukan dari paksaan,perginya pula tanpa kerelaan.Cinta itu sangat penuh dengan nilai kasih sayang.Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan sebuah pasangan.Kekasaran boleh menciptakan perpisahan.

Jika kita kehilangan cinta,pasti ada alasan di sebaliknya.Alasan yang kadang2 sukar untuk kita terimanya.Namun percayalah bahawa ketika DIA mengambil sesuatu,pasti DIA telah menyediakn lagi yang terbaik untuk kita.Tetapi cinta juga,merupakan ujian,godaan,dan cobaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Mahukan yang terbaik untuk diri kita,maka berubahlah menjadi yang lebih berguna.Jika kita pasti kita sudah terbaik berubahlah lagi menjadi lebih baik.Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas,akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Tetapi jika kita memasang cinta-cita tidah mahukan perubahan dan ingin memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.Ingat lah perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.Ingatlah DIA yang maha esa kuasanya tiada sesiapa dapat menentang.

Jika anda inginkan yang terbaik jagalah diri kita wahai perempuan sehebat mana pun cinta kita pada si teruna janganlah kita melampui batas kerana setiap pertemuan kita dengan si dia pasti ada orang ke3.Kalau sudah rasa tidak mampu mengawal perasaan, maka jauhilah maksiat cinta.
Berkali-kali kita diingatkan,manusia tidak terlepas dari sering diduga dan menduga.Manusia tidak selama-lama akan kebal,pasti ada satu saat kita akan tunduk,dan jatuh.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.Jadi janganlah salah CINTA jika tidak mampu menghadapi realiti yang sebenar setelah berkahwin.Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta.

Maaf kalau ada tersalah ejaan dan terkasar bahasa.Cerita ini tidak kena mengena antara hidup dan mati hanya sekadar menambah ilmu di dada dan  memberi pandangan sahaja..Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

Friday, April 22, 2011

Cinta....




Cinta... satu pengalaman yang dikatakan cukup indah dan kehilangan cinta dikatakan cukup pedih..Tetapi bagi yang tidak melaluinya korang juga pasti mengalami perasaan suka akan seseorang.Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi.Walaupun tidak meluah melalui kata2 tetapi melalui hati siapa yang tahu kan.Sekarang bila kita dalam satu kelompok yang totally girls tuh ada boyfreind mesti kita rasa tak selesa kan sebab asyik2 cerita pasal bf ko,bf aku,itu lah ini lah apa2 pasti ada topik bf.Yang pasti nanti akan kata 'owhh so sweet'.Tetapi cuba kita lihat bagi yang dah clash owh no dulu girls tuh la intan,payung,emas aku tapi bila dah clash dia la gedik,x tahu malu,perasan cantik dan sebagai nya.Kenapa time clash x nak cakap baik2 kenapa time couple saja just nak lemah lembut.

Ehmm time couple dulu mesti semua benda nak kongsi bersama,air segelas minum berdua,
konon setia katanya.Yang lagi dahsyat,berjalan kemana-mana pun nak berdua,dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,macam belangkas sentiasa berdua.                                  
Inilah bahana orang bercinta,bila tak tahu apa erti cinta.Yang tahu cinta itu adalah menyeronokkan bila berdua tetapi bila tiada pasangan macam orang gila jadinya.Kenapa kita perlu meminta2 untuk mendapat pasangan sedangkan umur tidak layak lagi untuk berkahwin.Kononya nya dah cukup dewasa la tetapi makan pakai pun mak bapak yang tanggung.Itu tak pe lagi,bagi yang nak dating pun mintak duit mak bapak.Macam mana tuh???


 Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki,tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan,cinta itu anugerah allah.Tetapi kenapa kita perlu mencari lelaki sedangkan kita tahu kita jodoh,maut,semua ditangan yang maha esa .

'Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.'

cuba kita lihat dari sudut positive kenapa zaman dahulu tiada semua kes buang bayi,merogol,berzina dan sebagainya.Sedangkan kita zaman canggih tak kan fikiran manusia sehingga canggih sebegitu sekali sanggup melakukan perkara terkutuk semua itu.Saya masih ingat lagi kata-kata seorang guru jika kita menyukai nya biarlah setiap dalam doa kita ada namanya agar kita mudah-mudahan di jodohkan dengannya.Dia memesan lagi jika kita menyukai seseorang janganlah kita melampui batas. nak buat apa kita bercinta berpuluh-puluh tahun akhirnya berpisah.Maksud disini bukan tidak boleh bercinta tetapi jangan melampaui batas.Tetapi kata-katanya yang terakhir yang aku masih ingat ialah sentiasalah kita berdoa agar jodoh kita dipertemukan dengannya jika tidak juga dijodohkan mohon lah kita mendapat yang lebih baik dari nya.

Jangan mengambil mudah soal dosa dan pahala kerana akibatnya buruk, hanya Allah yang lebih tahu.Jangan beri peluang kepada syaitan untuk menggoda dan menghasut kita melakukan kemungkaran.Sesungguhnya syaitan itu benar-benar licik dan berpengalaman dalam menyesatkan umat manusia. Marilah kita saling mengingatkan.Moga Allah melindungi kita dan seluruh muslimin dan muslimat. Ingat mati. Ingat mati. Ingat mati.Orang yang meningat kan mati itu adalah orang yang cerdik,pandai.Dunia hanya sementara. Mati itu pasti. Akhirat itu kekal abadi.


Cerita diatas tidak ada mengena antara hidup dan mati.Cerita ini untuk mengingati semua muslim, muslimat dan juga saya.Carilah cinta yang kekal abadi hingga ke akhir hayat janganlah mencari cinta yang sekadar untuk berhibur di dunia ini. Inilah permainan dunia...benar kata orang cinta itu buta,tapi kalau buta dimana matanya...Inilah yang buat aku tertanya-tanya.Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,cinta takkan dapat kalau tak diberi...Betul ke?Sukar untuk aku percaya...Tapi inilah hakikatnya.Mind is the greatest gift,gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai.

Saturday, April 16, 2011

Bruno Mars - Grenade and nabil - lalat piano

         chack!!!wah memang ramai orang  asyik menyebut lawak nabil kali nih...superb ler..memang idea dia tuh best sunguh dari si amir tuh yang entah apa2 jer..so enjoy dengan bandingan 2 lagu nih!!just fun ok...

 


Easy come, easy go
That’s just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give
Should of known you was trouble from the first kiss, Had your eyes wide open -
Why were they open?
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked, Cause what you don’t understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won’t do the same
No, no, no, no
Black, black, black and blue beat me till I’m numb Tell the devil I said “hey” when you get back to where you’re from
Mad woman, bad woman,
That’s just what you are, yeah,
You’ll smile in my face then rip the breaks out my car
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love is all I ever asked Cause what you don’t understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won’t do the same
If my body was on fire, ooh You’ d watch me burn down in flames You said you loved me you’re a liar Cause you never, ever, ever did baby…
But darling I’ll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won’t do the same.
No, you won’t do the same,
You wouldn’t do the same,
Ooh, you’ll never do the same,
No, no, no, no




buat tu! buat ni!
itu yang aku dengar tiap-tiap hari sejak aku di sini,
waiter,cashier,cleaner,customer semua nya aku,
ambil anak kau balik dari sekolah pun kerja aku,
lepas tu nak kena hantar pula ia pergi mengaji dekat kampung baru!!,
aku buat semua,for you!
aku kerja semua,for you!
aku jadi babu,for you!
oooo..
nasiblah aku ini makan,tido,kerja kat sini,
kalau tak dah lama ku bakar kedai ni,
oh..yeaa..yeaa
roslan,kadir kena buang sebab diorang curi pencungkil gigi,
bos jahat!!bos jahat!!
itulah panggilan yang patut ku bagi,dia patut ku bagi,
dah la gaji aku sikit itupun kau tak pernah nak bagi,
ikut hati orang macam kau nih dah lama,
aku!!aku!!aku bagi kaki ke muka...

hahaha memang lawak kan banding lirik bruno mars dengan lawak nabil...walaupun ada yang kutuk cakap lawak dia kali nih tiru mr.bean tapi kan lawak die tetap menjadi lawak dan rasa kreatif...sempoi kan tapi kantoi la atas meja nabil tuh ada lirik la..btw best la!!sapa sokong??angkat tangan macam saye..:)

Thursday, April 14, 2011

khas buat yang ingin belajar..

Assalamualaikum..chack!!!wah kali nih ema nak share dengan korang semua terutama student2 spm2010...bagi yang tak dapat untuk bertemuduga jangan lah give up tak semestinya yang kita harapkan tuh baik kepada kita kerana Allah S.W.T telah menyediakan yang terbaik kepada umatnya..yang pasti jika ada kemahuan,pasti ada jalannya...samalah jika kita nak belajar,pasti tidak kira dimana!!!so untuk korang yang rasa result korang tuh tak ok dan putus harapan untuk nak terus belajar janganlah putus asa mana tahu 1 hari nanti korang akan menjadi orang yang lebih berjaya dari orang yang berjaya dalam result spm kali nih...bagi yang berjaya pun tak semestinya korang akan berjaya buat selama-lamanya...semua di dunia nih akan mendapat ujian dari nya cuma dugaan nyer besar dengan kecil saja...


hayati lah lirik insyaallah:by maher zain 
 
Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu

Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya


nih untuk korang yang ingin mengetahui tarikh2 semakan keputusan permohonan kemasukan ke upu,ipta,piln,kplsm,matrikulasi,politeknik,dan tingkatan 6
http://eputra.com/semakan-keputusan-permohonan-kemasukan-2011/

chayok..chayok..bagi korang semua...teruskan belajar tak salah belajar itu menjadi kan kita lebih berpengetahuan bukan di dunia sahaja malahan di akhirat kelak..insyaallah

Friday, April 8, 2011

perhhhhh geng nih la pembuli terbesar tengok tuh dah aku yang kena bawa kereta pastu diorang tak snap sekali gambar aku....2 hari kot jadi drive geng nih  agak kebas sungguh kaki ku..dah la bawa pusing2 1 perlis nih..ehh silap suku perlis saja...ala perlis bukan besar mana pun tapi agak adventure gak la kan sebab perlis sangat kaya dengan trafic light..walaupun penat memang tak rasa la..besa la besties nya pasal lagipun kereta plak ayah yang sewa...kereta kat rumah pun ada tapi ayah nak juga sewa sebab x  nak bagi aku nih  lupa cara nak bawa kereta maklum la baru pegang lesen P....                   






tengok plak pic nih depa boleh dok bersantai lagi yang aku kena ambil pic depa...dah la duduk x sopan lansung masing2..memang geng nih x berhati perut la...lepas makan kek dekat secret resipe mkn plak kat tepi laut pastu bawa plak makan kata atas batu nih...memang keja makan sungguh la depa...kuat makan noh hampa nih..haha tapi sebut pasal makan memang nak ber terima kasih banyak2 la dekat asnedar nih...nak tengok gambar dia...
memang i luv u lah..nanti belanja lagi..tetiba la tadi dia tengah kerja ajak la di keluar makan aku pun tunai lah permintaan dia nak makan dekat huski(western) dekat area arau tuh..bawa la elok turun kereta dia cakap tak pa lah dia nak belanja..noh memang terbaek la kamo...bukan aku saja dia belanja tapi sekali atirah maklum la org kerja banyak duit la...

ok lah memang enjoy gila bersam akorang semua...best sgt2..nanti kita hangout lagi kali nih x kisah dah aku jadi drive 1 minggu berturut2..hahahhah
sorry yea kali nih banyak guna bahasa perlis..ok pe pon u all terbaek geng!!!a.k.a ank2 ikan ku!!!huhu 

Tuesday, April 5, 2011

Attention Everyone

SALAM 1 MALAYSIA


**P/S:SEMUA PAKAIAN MASIH BARU...JUALAN MURAH UNTUK PERHABISKAN STOK BULAN NIH...BELI..BELI...

                                                                           
                                                          AD1:RM28
 
                                                         FREE SIZE









                                                          AD2:RM28
 BAHAGIAN HADAPAN
FIT SIZE:S/M





BAHAGIAN BELAKANG



                                                         AD3 :RM26
                                                                    FIT SIZE:XS/S
                                                                    


   



**BAGI WANITA YANG BERTUDUNG RAGU2 UNTUK MEMBELI..ANDA JANGAN RISAU KERANA ANDA JUGA BOLEH BERFESYEN DENGAN MENGALASKAN INNER DIDALAM...JADI JANGAN LEPASKAN PELUANG..


POSTAGE:RM6
**BAGI SEKITAR PERLIS YANG TIDAK MAHU CAJ PENGHANTARAN ANDA BOLEH DATANG SENDIRI UNTUK MENGAMBIL DIRUMAH...
** UNTUK TEMPAHAN:
SILA MESEJ DI FACEBOOK SAYA ATAU ANDA BOLEH TERUS TINGGALKAN COMMENT ANDA DI BLOG INI!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA DI BLOG INI!!:) 


BCR...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUSIC...