Followers
Sunday, May 29, 2011
sahabat sejati...
Sunday, May 22, 2011
keliru!!
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
| ||||||
|
Thursday, May 19, 2011
belajar yang baru!!
Wednesday, May 18, 2011
dating with my datin...
nikmat sungguh datin bersama sahabat sejati nya makan pizza...piza 9 inci katakan..
Tuesday, May 17, 2011
saham amanah
Cuba kita bayangkan esok lah hari yang akan kita dimatikan semua..esok lah hari yang akan dinilai oleh ALLAH S.W.T kepada kita...pada masa itu anak2 apakah yang dianggap berharga dan bermulia dihadapan allah..Tetapi cuba kita renungkan jika kedua2 ibu bapa kita telah meninggalkan dunia kita sebagai anak mampukah lagi kita menggangkat tangan berdoa kepada nya??dengan kemewahan dan kekayaan yang kita miliki mampukah kita mengingati mereka??sedangkan siang malam mereka dahulu berdoa untuk kita tetapi bila doa mereka telah dimakbulkan..apakah kita pula berdoa kepada mereka??jika seorang anak mampu bangun ditengah malam sujud di sejadah berdoa kepada orang tua nya..syukur alhamdullillah..tetapi jika seorang anak melupakan..yang pasti ingat lah saham yang paling bermakna adalah saham akhirat iaitu amal jariah,ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak2 yang soleh dan solehah..jadilah kita sebagai anak yang ada nama sebagai penghuni syurga dan mampu hidup di syurga..seorang bayi yang dibuang ditepi jalan,di dalam lumbang jamban dan merata2 tempat mereka sudah berda di syurga yang berdosanya ibu bapanya tetapi kita anak2 yang berada di depan mata ibu bapa mampukah kita berda disyurga???masyaallah tajuk kali nih membuat aku takut sungguh rasa tak tahu banyak mana aku ada terguris perasaan ibu bapa aku..tapi itulah selagi denyutan jantung belum berhenti eloklah kita memohon maaf dan melakukan solat taubat agar tidak melakukan lagi..insyaallah allah itu maha adil dan maha kaya..orang yang paling sombong adalah orang yang tidak pernah memohon kepadanya!!jadi tidak seorang tidak melakukan kesilapan jadi bersamalah kita berusaha melakukan yang terbaik untuk mengembirakan ibu bapa kita..nak betul2 menghayati tengoklah nanti halaqah episod minggu hadapan insyaallah pasti seronok dan akan mendapat ilmu yang berguna!!
**maaf kalau ada terlanjur kata dan terlebih..
Monday, May 16, 2011
cupcake!!!
Sunday, May 15, 2011
selamat hari guru....
Angan2 jadi kenyataan..
**kalau diizikan aku jadi cikgu aku nak jadi cikgu yang paling disayangi murid!!!yea..so IPG terima lah tawaran saya..hahaha
Saturday, May 14, 2011
FIXED BIKE OR FIXIE....
adohai sekarang musim naik basikal ke????dah la aku memang minat dengan basikal especially fixed bike... aku start tahu tentang bike tuh sejak aku tengok tv3 cerita apa aku tak ingat la plak sebab dah lama kan...tapi betul la kalau kita selalu cycling nih bagus untuk kesihatan lagi 1 boleh mengelakkan kesesakan lalu lintas dan juga tak payah kena roadblock...hahaha.. 1 lagi fixed bike nih tak ada lah mahal sangat sampai beribuan2 tapi boleh la bagi nak yang standart sikit beli yang harga pun standart tapi bagi yang tak kesah yang 400 lebih pun ada..kalau di lihat betul2 fixie nih macam basikal tua jer tapi diubahsuai menjadi sangat cantik..tapi tuh la nak mencari fixed bike yang betul2 bagus aku tak jumpa lagi dekat mana... yang aku dah jumpa kat sini baru http://y2cycle.blogspot.com/
fixed bike nih yang menarik pasal dia colourful..dan barbagai2 colour..then yang paling aku minat sangat tayar dia yang sangat kecil...perhhh kalau naik basikal nih dari arau pergi kangar..of course kecik aku jadi nya...tak payah amal diet dah cycling tiap2 petang mesti maintain nyer badan..hahahha...
********so bagi sesiapa yang tahu menahu pasal fixed bike nih silalah share dengan aku ya...dan juga yang tahu area mana bagus fixie nih mudah didapati juga inform aku na..na..na......tq!!!
Wednesday, May 11, 2011
Alyah-Kisah Hati with Lirik (0fficial MTV)
Assalamuailaikum...sekarang musim kot orang berlakon area utara..kalau korang tak tahu meh aku nak ingatkan ala cerita mata ayaq tuh..kalau dengar diorang nyer cakap pon dah tahu loghat semacam...tapi sekarang bukan pasal cerita mata ayaq tapi pasal klip video alyah nih..dia buat klip video nih dekat area chuping,tasoh lake resort..so ramai la yang ingatkan klip video dia buat dekat negara luar...wah cek bangga loh jadi anak perlis!!!lagu dia tak da la best macam 'justin bieber' ke siti nur haliza ke yang pasti boleh la dengar lagipun setengah orang tengok sebab ada remy ishak...huhu remy ishak tunggu nanti aku pergi serbu ko 19/5/2011..payah la nak tengok cerita melayu tapi disebabkan nur kasih the movie nak tengok la lama tak tengok cerita melayu sambil menangis...
apa2 pon layan la klip video nih~~~~
serabut kepala...serabut kelapa...
Monday, May 9, 2011
mula hidup baru dengan pergi ke sekolah semula
mintak2 cepat la dapat yang aku mahukan..
Saturday, May 7, 2011
IBUlah super hero kita...
Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu! Tak mahu !". Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah
jiran. Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita,kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.
Menjelangusia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan
terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Ketika menjangkau 18tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan ibu
Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya. Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden ". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang ". Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak-anak. Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu....
Jadi pernah kah kita fikr berapa kali kah ibu terasa dengan sikap kita??berapa kali kah kita melakukan kesilapan??Ramai orang ibu aku tak macam ibu aku'ibu aku jahat'..anak yang macam inilah yang tak patut ada zaman sekarang.anak tidak kenang budi macam tuh.kalau ibunya membenci dia pastikan ibunya sudah campak dalam lubang jamban,bagi ajing gigit saja..
Sebelum ibu kita melelapkan matanya lebih baik kita berusaha cuba membahagianya..ibu kita tetap seorang..tak kan pepatah kata 1 orang ibu mampu menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak mampukah menjaganya??
Renunglah sempena hari ibu hari nih aku nak korang fikir dengan hanya meluahkan 'happy mother day'saja kah yang korang mampu??belanja makan??bawa ibu pergi shoping??owhh no!!kita tidak mampu membalas dengan apa yang telah diberikannya..tetapi itulah ibu dia tidak mengharapkan balasan yang hanya dia harapkan anaknya menjadi insan yang berguna pada masyarakat dan taat pada perintah allah..Bagi yang sudah kehilangan ibu jangan lah korang bersedih..hadiah lah ibu anda dengan bacaan yasin pada setiap hari.insyaallah dia akan mendengar disana!!ingat ibu yang ada tidak boleh tukar lagi untuk menjadi ibu orang lain jadi bersyukurlah dan sayangilah sebaiknya!!jaga ibu anda...IBULAH SUPER HERO KITA....
***Ok tamat sudah..terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk berhenti seketika di blog ini..dan maaf jika tersalah ejaan dan terkasar bahasa...!!!
Monday, May 2, 2011
sempurna saja tetapi masih mahu minta sedekah
biar angkat jangan terangkat sudah!!
Assalamualaikum..tetiba jer terfikir pasal trend sekolah iaitu abang,kak,adik angkat segala bagai nih...Trend macam nih dah lali sebenarnya zaman sekolah..Dah lama rasa nak share tentang nih tapi tak tahu tak boleh nak menulis mungkin aku takut ada yang terasa..mintak maaf niat aku bukan nak merosakkan persahabatan hanya nak berkongsi pengalaman..
Tengah best layan facebook tetiba terbuka facebook sorang nih dia perang
Sering kali kita terdengar istilah abang angkat,kakak angkat dan adik angkat di kalangan masyarakat kita. perkara ini sudah menjadi sinonim dalam masyarakat dunia dan juga kita kerana kerap kali kita mendengar seseorang itu menjadi seorang budak itu menjadi adik angkat kepada seorang lelaki atau perempuan. Malah,pada zaman rasulullah juga pernah mengambil Zaid bin Harisah sebagai anak angkat baginda..Adik angkat, abang angkat, kakak angkat - semua ini hanya merupakan istilah yang sebenarnya menunjukkan perhubungan yang lebih rapat dari orang lain. Namun,adakah perbuatan ini semestinya positif sahaja????
Adik beradik angkat,tak pernah ada istilah dalam islam menyebut tentangnya,hanya anak angkat saja yang ada...Ok aku sempat search google cari berkaitan berangkat nih
http://soaljawab.wordpress.com/2008/10/12/adik-dan-abang-angkat/
Mengambil adik angkat atau abang angkat (sesama jantina) dengan makna merapatkan ukhuwwah sesama Islam, tidak dilarang dalam Islam.Yang dilarang dalam Islam ialah mengambil anak angkat dengan menisbahkannya kepada ayah angkat. Maka perbuatan ini diharamkan oleh Islam sebagaimana dalam ayat:
ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ فَإِن لَّمْ تَعْلَمُوا آبَاءهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ
Maksudnya: Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu. (Al-Ahzab: 5).
Adapun, mengambil anak angkat dengan makna membelanya atau mentarbiahnya tanpa ditukar nasab asalnya, maka ia tidak mengapa. Begitu juga, mengambil adik angkat dengan makna merapatkan ukhuwwah sesama saudara Islam.
Wallahu A’lam.
**bintang hanieysah tq angkat saya..haha terbaek lah kamo memang saya pasti kamu tak kan menyesal angkat orang macam saya!!kn??kn??hahaha:)