Followers

Wednesday, April 27, 2011

BERSYUKUR SEGALANYA!!!

   


Assalamualaikum....Salam 1 malaysia..Salam hormat kepada semua pembaca..Kali nih mukadimah nya aku tak nak berceloteh panjang2 just street to the point saja.. Bersyukur segalanya..selalunya manusia nih bila dapat sesuatu yang inginkan pasti lupa pada siapa yang patut kita bersyukur malah asyik riak lagi..Tetapi bila kita sering ditimpa musibah dan kegagalan pasti kita sering menghina diri sendiri..seakan-akan kegagalan itu akan berterusan dan akan membuat kita berasa lebih baik mati dari hidup..kita lupakah hidup dan mati kita semua ditangan ALLAH..Bersyukurlah kita kerana diizinkan nya kita dapat melihat dunia..


Semua orang didunia ini inginkan kejayaan tetapi kejayaan yang kita akan hadapi tidak sebegitu mudah pasti juga ada ujian nya..Hanya kesabaran sahaja kunci untuk kita meneruskan kehidupan.Jika sudah jatuh sekali takut untuk bangun sia-sialah kita menjadi manusia di muka bumi ini.Bukan didunia sahaja kita akan menghadapi dugaan dan cabaran tetapi di akhirat juga..Jika kita senang di dunia belum pasti kita akan senang di akhirat..Jika kita susah didunia belum pasti kita susah diakhirat..Jika kita susah dan senang di dunia belum pasti kita akan susah dan senang di akhirat..Setiap ujian yang diberi ada hikmahnya..Hanya yang perlu kita lakukan jangan lah sentiasa merasa rendah diri sehinggakan putus asa untuk terus hidup..Kejayaan itu bukan datang bergolek seperti roda atau bola..Kejayaan itu datang dari usaha,doa dan tawakal kita..Jika kita pasti kita yakin kita sudah melakukan nya dengan terbaik tetapi masih juga gagal pasti ada sesuatu yang lagi terbaik DIA telah sediakan untuk kita..

 Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia,  “We are special!“.

Kita punya akal. Jika tidak, mustahil korang dapat membaca post aku kali nih. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai.


“Aku bodoh, korang pandai…aku lemah tak punya apa-apa, korang hebat”sering dibandingkan jika kegagalan menimpa diri kita..
 
   

Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Maka setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan,serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita. 

Jadi setiap kegagalan yang kita tempuhi janganlah sering  menyalahi diri sendiri ataupun orang lain malah cubalah melakukan perubahan untuk mendapat yang terbaik..Jika sudah memperolehi kejayaan jangan lah pula kita lupa nikmat yang diberi..Anugerah yang diberinya tidak akan kekal jika kita tidak  menggunakan nya kejalan yang baik. Sentiasalah bersyukur..Renungkanlah..aku bukan ustazah..aku bukan pakar motivasi..aku bukan sesiapa aku hanya insan yang bergelar manusia..aku menulis hanya untuk berkongsi dan memberi semangat untuk diri sendiri..Terima kasih kerana meluagkan masa maaf jika ada terlanjur kata atau tersilap ejaan....
 

2 comments:

Mak anak tiga said...

Alhamdulillah..setiap yg kita ada atau tiada adalah bersebab..

ema said...

ya hanya yg psti bersyukur atas segalanya..

BCR...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUSIC...