Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sukar dinilai dengan wang ringgit ataupun harta benda. Kesulitan semasa hamil, kesakitan yang dialaminya tatkala melahirkan dengan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik kitayang bergelar anak dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan pasrah pada Ilahi. Segala penderitaan dan kesengsaraan hidup yang ditempuhi membuatnya lebih tabah dan sabar tanpa berkeluh kesah dan merungut.
Ibu itulah yang sering kita panggil tak kira susah senang yang pasti dia lah ibu yang melahirkan kita.Baik buruk perangainya tetap juga dia Ibu kepada seorang anak itu.
Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makananMasuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu! Tak mahu !". Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah
jiran. Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita,kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.
Menjelangusia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan
terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Ketika menjangkau 18tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan ibu
Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya. Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden ". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang ". Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak-anak. Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu....
Jadi pernah kah kita fikr berapa kali kah ibu terasa dengan sikap kita??berapa kali kah kita melakukan kesilapan??Ramai orang ibu aku tak macam ibu aku'ibu aku jahat'..anak yang macam inilah yang tak patut ada zaman sekarang.anak tidak kenang budi macam tuh.kalau ibunya membenci dia pastikan ibunya sudah campak dalam lubang jamban,bagi ajing gigit saja..
Sebelum ibu kita melelapkan matanya lebih baik kita berusaha cuba membahagianya..ibu kita tetap seorang..tak kan pepatah kata 1 orang ibu mampu menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak mampukah menjaganya??
Renunglah sempena hari ibu hari nih aku nak korang fikir dengan hanya meluahkan 'happy mother day'saja kah yang korang mampu??belanja makan??bawa ibu pergi shoping??owhh no!!kita tidak mampu membalas dengan apa yang telah diberikannya..tetapi itulah ibu dia tidak mengharapkan balasan yang hanya dia harapkan anaknya menjadi insan yang berguna pada masyarakat dan taat pada perintah allah..Bagi yang sudah kehilangan ibu jangan lah korang bersedih..hadiah lah ibu anda dengan bacaan yasin pada setiap hari.insyaallah dia akan mendengar disana!!ingat ibu yang ada tidak boleh tukar lagi untuk menjadi ibu orang lain jadi bersyukurlah dan sayangilah sebaiknya!!jaga ibu anda...IBULAH SUPER HERO KITA....
***Ok tamat sudah..terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk berhenti seketika di blog ini..dan maaf jika tersalah ejaan dan terkasar bahasa...!!!

No comments:
Post a Comment